Nuffnang Ads

Monday, January 6, 2014

Ribut GREG 26 Disember 1996..

Mari kita intai-intai balik kejadian ataupun boleh di katakan bencana yang menjadi sejarah dalam negeri sabah ni..masih kah anda ingat wahai Sabahanku....

Tragedi ribut Greg pada 26 Disember 1996, masih segar dalam ingatan rakyat Sabah.

Malam 26 Disember 1996, rakyat Sabah dan Malaysia dikejutkan tragedi ribut Greg yang menyebabkan lebih 200 maut dan kira kira 1,000 hilang.

Kawasan paling teruk terjejas, Keningau dimana lebih 200 mangsa maut dihanyutkan arus deras Sungai Pampang, sebahagian besar mereka keturunan Toraja atau Tator, Indonesia.

Kejadian berlaku di saat kemeriahan sambutan Krismas 1996.

Sungai Pampang yang amat kecil, boleh menjadi amat besar akibat hujan lebat, sambil membawa kayu balak dan lumpur.

Arus sungai yang teramat deras dipenuhi batang balak dan lumpur itu meranapkan rumah di sepanjang tebing Sungai Pampang, ketika ramai mangsa sedang tidur.

Pasukan keselamatan bertungkus lumus mencari mangsa yang terperangkap yang dianggarkan 1,000 orang namun tidak berjaya meskipun dibantu ramai anggota dari Semenanjung Malaysia dan Luar Negara termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan.

Sebuah kubur besar masih ada di Keningau, menempatkan mangsa ribut Greg.

Insiden itu amat mengejutkan sehingga Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkannya amat luar biasa kerana ribut boleh sampai ke Keningau, sebuah kawasan pedalaman di Sabah.



Mahathir turut melawat tempat kejadian diiringi ketua menteri Sabah ketika itu Datuk Yong Teck Lee pada awal Januari 1997.

Kota Kinabalu turut lumpuh akibat ribut dengan pokok tumbang dan billboard serta kontena kapal diterbangkan angin sehingga 300 km sejam ke laut dan ke mana mana sahaja.

Antara mengalami kerosakan bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas dan Stadium Likas apabila 1 lampu limpahnya tumbang.

Pelbagai pihak turut menghulurkan bantuan berupa derma wang tunai serta barangan keperluan antaranya syarikat korporat dan stesen TV3 yang menganjurkan kempen kutipan derma untuk diserahkan kepada kerajaan negeri agar disalurkan kepada mangsa.

Moga kita dijauhkan dari bencana seumpama ini pada masa akan datang dan semoga manusia mengambilnnya sebagai iktibar.

No comments:

Post a Comment